Monday, July 26, 2010

Syaaban dan kelebihannya....

bulan malam nifsu syaaban.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."



Bulan syaaban mencul lagi. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w.:



Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.



Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.

Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga.

 Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.



Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).



Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.:



Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).



Sabda Nabi s.a.w.:



Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi! : Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.



Sabda Rasulullah s.a.w.:



Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.



Sabda Nabi s.a.w.:



Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.



Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.



Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban



Nisfu syaaban ialah pertengahan bulan syaaban, 15 syaaban . Apa pentingnya Nisfu syaaban? Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah S.W.T. berkenan mengampunkan sesiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu syaaban (malam sebelumnya). Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.



Berikut adalah kelebihan malam Nisfu syaaban menurut hadis :



(01) Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.



(02) Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.



(03) Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.



(04) Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.



(05) Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)



Selain kelebihan Nisfu syaaban , bulan syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan.



Antaranya disebut dalam kitab-kitab :



* Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.



* Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.



* Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.



Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya. Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:- Angkat kepala mu ke langit, tulah malam yang dibukakan pintu langit.



Sabda Nabi s.a.w:-

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)



Sabdanya lagi:-

Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman:" Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)



Tersebut dalam kitab A-Barokah:-

Bahawa jin,burung,binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.



Tersebut dalam kitab Iq'na:-

Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya:-



Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.



Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.



Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.




Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.



Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.



Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.



Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.



Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.



Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu. dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-



Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:-



Sehingga naik fajar subuh.

Dan katanya lagi :-

Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).


Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.



Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.



Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)







Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x



2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x


Baca doa nisfu Sya'ab! an (ada didalam Yasin Majmuk)


3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Isnin)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.



Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan



Segala amal ibadah yang kita lakukan itu semuanya adalah baik di sisi islam. Yang penting haruslah di ikuti dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Wallahu'alam bissawab...


Wassalam.

(^-^)

Monday, July 19, 2010

KEMBARA '07....ukhuwah selamanye.....

saLam....

KEMBARA'07
adalah singkatan untuk KEM BELIA ASPIRASI REMAJA ALAF BARU....
ia adalah projek Pertama za join mase mula2 menjejakkan kaki di bumi UM...

(^-^)

bnyak kenangan suka duka
untuk menjayakan projek nie

almaklum la
za first ye n bersama-sama super2 senior...

APe yg menarik tentang Projek nie...
za jadi ajk n also menjadi fasilitator angkat...
he2!
saje menyelit kat group fasi sbnr...

alhmdulillah...
walaupun sudah 4 tahun projek 2 berakhir..
ukhuwah antara kami peserta n fasi masih segar...

peserta projek nie adalah pelajar sekolah

sekolah tahfiz lg 2...

(^-^)

sasaran sbnrnye pelajar brmasalah...
tp
bersama adik2 nie juga kami tetap perlu
memotivasikan mereka dengan modul yang telah kami rncg...

sehingga kini group angkat za still contact za
(^-^'')

he2!

KEMBARA selamanye....
Insyaallah....

p/s: to adik2 teruskan usaha menjadi insan berjaya....
      rajin2 study...n see again..

Tuesday, July 13, 2010

ALkisaH 12 JULAI 2010...

SALaM....

ari nie da 14 Julai da.....so da 44 ari za praktikal kat TM nie...
bulan depan da masuk Ogos, za berpuasa n beraya dgn TM...
new experience...(^-^)

klu dulu....
mood puasa n raya dikongsi bersama sama sahabat2
bsahur same2 n berbuka same2
rindu sgt nk balik UM...
rindu kat senior2,teman2 kuliah n sahabat2 semua..



erm,
12 Julai
tarikh sahabat2 za balik ke UM n start kuliah...
kuliah seperti yg za da lalui selama 6 sem di sana
ari2 jadual penuh g kuliah n kelas tutor...



dulu za stay kat kolej 4th iaitu Kolej Bestari...

kat UM ada 12 kolej...
kolej 1 ASTAR COLLEGE
kolej 2 BAHIYAH COLLEGE
kolej 3 KURSIAH COLLEGE
4 bESTARI
5 n 6 xingat
7 ZAABA
8,9,10,12 xtahu...
ha2!
za tahu n ingat kolej2 yang berdekatan je dgn kolej za.....



cite tang study UM mmg best sgt
setiap pagi n petang time ade klas za akan berjalan kaki dari kolej ke kelas
sepanjang perjalanan dapat lalu fakulti org lain...
bertembung dgn kwn2 se fakulti n se kolej................
hilang penat berjalan..
jauh memang jauh...

ye la dari kolej ke fakulti berjalan kaki 15 minute..
tp dapat cuci mata lalu fakulti Bahasa n Linguistik,Fakulti geologi,fakulti sastera,
fakulti pendidikan n then lalu depan jiran fakuti za fakulti ekonomi....


anyway bercerita tentang fakulti za...
fakulti za namenye FAKULTI PERNIAGAAN N PERAKAUNAN..
klu dikatakan student aliran akaun boleh pilih sama ada nk amik course akaun,bisness ataupun ekonomi...
dekat fakulti za nie ade 2 aliran bisness n akaun...
ade subjek same yg kami amik...
so kadang2 same kelas tutor n kuliah la....

tapi lagi pening kadang2 kelas n kuliah same lak dgn junior..
berebut rebut la g depan office lecture register kelas tutor...
erm za harap kan kwn2 za la register same...
terselit-selit name za dorg isi....
thanks semua...
kenangan yang dirindui zaman berada di UM...



tapi x pe next sem za akan pulang ke kampus....
menjalani kehidupan sebagai mahasiswi UM...



To all my friends.....

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN DI MEDAN UNI PERDANA
selamat study
selamat siapkan keje tutor
selamat siapkan asigment
n
selamat BERJAYA...

see u all coming sem...



SaLaM
(^-^)

Monday, July 5, 2010

uKhwaH yaNg TeRjALiN............

SaLaM.....

Bila za bukak facebook senior za
za ternampak beberapa keping gmbr kenangan
kami B'REHLAH di Taman Bukit Cerakah..........



best sgt!



RINDU AKAN UkHWAH YANG TELAH TERJALIN...
bersama2 suka n duka...
bersahabat untuk susah n senang
tawa n riang..





Kepada senior2 n sahabat2 yang bakal GRADE:-

SELAMAT BERKONVO
SELAMAT MENEMPUH ALAM PEKERJAAN
SELAMAT BERJUANG
SELAMAT BERJAYA DALAM APE JUA BIDANG
N
SEMOGA UKHWAH YANG TELAH DIBINA
MEKAR DIHATI WALAUPUN
TELAH JAUH DI PANDANGAN MATA....





untuk sahabat2 yang berada di kampus:-

SEMOGA CEKAL MENERUSKAN PERJUANGAN SEBAGAI
MAHASISWA N MAHASISWI UNI PERDANA
SEMOGA SUKSES DALAM STUDY N PROJEK
N
TERUS BERJAYA DALAM APE JUA DICEBURI...



(^-^)



bUAT sahabat2 yang SEdang Berpraktikal:-

SELAMAT MENYUMBANGKAN ILMU DI DADA UNTUK INDUSTRI
SELAMAT MEMPELAJARI ILMU BARU N PENGALAMAN BARU
n yang penting
FOKUS DALAM APE JUA TUGAS YANG TELAH DIBERIKAN....





semoga kita bertemu lagi.................

Friday, July 2, 2010

KAPAL Rachel Corrie......Di mana asal usul nama nye....

SaLaM...

pERkongSIAn Dari saHAbat za....

Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie yang akan belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza...

Ni cerita asal usul nama kapal berkenaan....

mari sama2 kita renungkan...

Perjuangan Sedunia untuk Palestin

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

 
Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

 
Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.
Siapakah Rachel Corrie?


Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).





Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.





Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.




Sebelum dilanggar




Selepas dilanggar




Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.


Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.





Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.



YA ALLAH...
BETAPA KEJAM NYA MEREKA....

LIHAT LA DUNIA
KEKEJAMAN MEREKA....