Monday, August 23, 2010

TM jana aliran tunai RM954 juta

Oleh Helmy Abd Rahman
sumber : metro 24 OGOS 2010


2010/08/24 TELEKOM Malaysia Bhd (TM), menjana aliran tunai kukuh bagi separuh pertama 2010 apabila meraih RM954 juta, melonjak 19 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, berikutan itu, kedudukan tunai syarikat berjaya mencecah paras RM3.6 bilion berbanding RM2.8 bilion tahun lalu.

Beliau berkata, pencapaian itu diperoleh hasil pengurusan ketat perbelanjaan modal (Capex) yang dilaksanakan syarikat.

Selain itu, katanya, TM mencatat perolehan operasi RM4.27 bilion bagi separuh pertama berakhir 31 Jun 2010, meningkat satu peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya dengan catatan RM4.23 bilion.

“Pertumbuhan ini berikutan peningkatan permintaan perkhidmatan Internet dan data. Perolehan Internet meningkat 8.6 peratus kepada RM854.2 juta bagi setengah tahun pertama 2010 daripada RM786.7 juta sebelum ini,” katanya pada sidang media sempena pengumuman prestasi kewangan TM bagi separuh pertama 2010 di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, TM turut mencatat peningkatan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) bagi separuh pertama 2010 kepada RM367.3 juta berbanding RM293.7 juta untuk tempoh sama tahun lalu.
“TM mencatat pertumbuhan Patami 25.1 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini. Pencapaian ini dicatatkan berikutan peningkatan hasil data dan Internet; penurunan lebih perlahan dalam penggunaan suara; susut nilai lebih rendah dan kesan pelaksanaan langkah perbelanjaan berhemah secara berterusan yang dipraktikkan syarikat,” katanya.

Zamzamzairani berkata, Lembaga Pengarah TM meluluskan pembayaran dividen kasar 13 sen sesaham ditolak 25 peratus cukai atau kira-kira RM348.8 juta untuk dibayar kepada pemegang saham menjelang akhir September ini.



p/s: alhmdulillah tahniah tm...
salah satu syarikat bumiputra yg berjaya...
alhmdulillah elaun praktikal pun meningkat....tq TM...
(^-^)

No comments:

Post a Comment