Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuap makanan dan memandikan kita, kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.
Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan yang istimewa dan berzat untuk kita, kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.
Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan kita crayon, kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.
Semasa kita berumur 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita membalas budinya dengan menjerit “ saya tak mahu pergi sekolah ”
Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke tempat tuisyen, membawa kita membeli-belah dan menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita.
Semasa kita berumur 14 tahun, ibu menegur cara kita berpakaian yang kurang sopan, kita membalas teguran ibu dengan mengatakan ibu tak ada ‘taste’.
Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat bekerja seharian. Kita membalas budi ibu dengan mengunci diri dan bersendirian di bilik.
Apabila kita berumur 18 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira, kita membalas budi ibu dengan pulang lewat malam ke rumah kerana meraikan kejayaan bersama kawan-kawan di luar.
Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sehingga ke asrama, kita membalas budi ibu dengan hanya bersalaman di luar dorm kerana malu dilihat kawan-kawan.
Apabila kita berumur 20 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas pertanyaannya dengan menjawab “ saya tidak mahu menjadi seperti ibu ”
Apabila berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri. Ibu menghadiahkan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan.
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga, ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi ibu dengan berpindah ke tempat yang jauh dari ibu.
Apabila kita berumur 27 tahun, ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi ibu dengan menjawab.. “ala zaman sekarang lainla bu..”
Apabila kita berumur 40 tahun, ibu menelefon dan memaklumkan tentang majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata “ saya sibuk ”
Apabila kita berumur 45 tahun, ibu jatuh sakit dan memerlukan jagaan dan kasih sayang kita. Kita membalas budi ibu dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan kerja dan perlu pulang segera.
Kemudian, pada suatu hari, ibu meninggal dunia. Dia pergi dengan menanggung rindu dan kesepian menantikan anaknya sepanjang hayatnya. Dan kita, kita tidak sempat membalas segala jasa ibu. Ingat, Ibu kita yang setia menyayangi kita tidak kira apa jua keadaan kita, hanyalah seorang dan tiada galang-gantinya. Kasihilah ibu kita selagimana dia masih ada dan doakanlah dia apabila dia telah tiada.
petikan dari blog A Little Khalifatullah.mohon copy kak...
p/s: sgt tersentuh hati,betapa besar pengorbanan insan bernama ibu...
semoga kita sama-sama merenung coretan ini.
saLaM
(^-^)
No comments:
Post a Comment